About Me

My photo
CHOICE RIGHT,FUTURE BRIGHT

Saturday, 5 March 2011

Konsep Produk

Mesra Alam
Aspek mesra alam dalam mengaplikasikan produk pada masa kini menjadi antara aspek yang sangat penting.Ini kerana,keadaan bumi semakin tercemar apabila pengguna menggunakan produk yang membahayakan alam sekitar.Tampilnya produk Floor Cleaner sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini.Produk Floor Cleaner adalah produk yang sangat mesra alam.Bahan asas yang digunakan dalam produk ini adalah daripada kelapa sawit,iaitu methyl palmitate sulfonate (MES).MES adalah satu bahan yang tidak merbahaya kepada alam sekitar kerana sebatian ini diperolehi daripada alam semula jadi.Selain itu,bahan yang digunakan dalam produk ini sangat berbeza dengan produk berasaskan bahan kimia kerana tidak memberi kesan sampingan kepada kulit kaki.Produk ini juga menggunakan bekas yang biodegradable.Bermaksud,bekas ini dalam jangka masa beberapa tahun,ia akan tercerna dengan sendirinya.Ini sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Ekonomik
Kelapa sawit merupakan salah satu tanaman yang paling banyak ditanam di Malaysia. Minyak kelapa sawit senang didapati dan dan sumbernya adalah berterusan..Ini akan membuatkan proses pengeluaran menjadi mudah dan tidak perlu menelan belanja yang banyak.Selain itu,produk Floor Cleaner ini disediakan dalam cecair yang sangat pekat.Pengguna perlu melarutkan cecair pencuci ini terlebih dahulu sebelum digunakan.Dengan kata lain,dengan kadar cecair pencuci yang sedikit sahaja,pengguna boleh mencuci lantai dengan lebih luas.
Pelindungan Tambahan
Floor Cleaner adalah produk yang memberi perlindungan lebih kepada pengguna.Bukan setakat mempunyai anti bacteria,tapi Floor Cleaner juga mempunyai perlindungan daripada serangga.Dengan ini,lantai yang dicuci dengan produk ini akan bebas dari serangga seperti semut.

Misi Dan Objektif Syarikat

Misi
  • Untuk menjadi salah sebuah syarikat terbesar dalam penghasilan dan pemasaran produk oleokimia yang memfokuskan kebersihan dalaman bangunan, terutamanya pencuci yang berasaskan minyak kelapa sawit yang dibuat secara mesra alam.
  • Untuk terus cemerlang dan kekal lama dalam penghasilan produk oleokimia yang lebih mengkhususkan kepada aspek kebersihan dalaman bangunan.

Objektif
  • Mampu bersaing dalam dunia perniagaan global.
  • Untuk memastikan perniagaan jangka panjang yang mampu mempertahankan perhubungan baik diantara syarikat dan pelanggan.
  • Untuk menjamin kerjaya dan kemudahan perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi pengalaman serta kejayaan dengan kami
  • Mesra pelanggan, tepat dan setara dengan keperluan pasaran.

Moto dan Falsafah Perniagaan Syarikat
Moto Syarikat
“Choice Right, Future Bright”
“Pilih Tepat, Masa Depan Cerah”
Moto ini dijadikan moto syarikat hasil dari persetujuan bersama dari semua ahli. Moto ini dianggap sangat sesuai bagi syarikat kami yang sememangnya menggunakan bahan-bahan asas asli. Sentuhan alam semulajadi ini dapat dilihat dan dinilai sendiri oleh pengguna selepas menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami dan mereka pasti berpuas hati.

Falsafah Perniagaan Syarikat
Berpegang kepada konsep mesra pelanggan kami sentiasa mengamalkan etika kerja serta perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang dihormati.
  • Melalui pendekatan yang strategik, kami kini bergerak kearah pemasaran yang dinamik dan agresif. Kami perlu bersedia menghadapi segala perubahan masa serta menangani permasalahan yang berkaitan disamping berpeluang menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif.
  • Kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga berpatutan yang semestinya mampu menepati permintaan pelanggan.
  • Kami akan terus menjaga nilai dan mempertingkatkan mutu produk serta perkhidmatan kami dari masa ke semasa. Sebagai salah satu langkah dalam mempertingkatan operasi, para pekerja sentiasa diberikan pendedahan agar sentiasa mematuhi objektif syarikat dan bekerjasama serta menanamkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan.
  • Latihan penuh akan diberikan kepada semua pekerja bagi meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tugasan mereka.
  • Kerjasama adalah amat penting, justeru itu kami sentiasa memastikan sistem komunikasi yang baik, kejujuran dan tanggungjawab terhapap tugasan. Hubungan diantara pihak pengurusan serta para pekerja sentiasa dalam keadaan baik agar polisi perniagaan berada ditahap yang kukuh.
  • Kebajikan para pekerja juga amat penting bagi kami.
  • Untuk terus menerajui EG Corp. dengan lebih jauh lagi, kami membuat perancangan kewangan bagi jangka masa panjang dan sistem kawalan yang lebih efektif dari segala aspek.

Contact Us

Alamat Syarikat:

EG Enterprise,
Jalan Utas 15/7,
40150 Shah Alan,
Selangor Darul Ehsan


E-mail:
 eg_enterprise@gmail.com
 eg_enterprise@yahoo.com

Phone Number:
 03-36428231

Fax: 
03-36428201



Carta Organisasi Syarikat

Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi EG enterprise:

Lokasi EG Enterprise

Alamat Ibu pejabat dan kilang:
EG Enterprise,
Jalan Utas 15/7,
40150 Shah Alan,
Selangor Darul Ehsan.











Ini adalah gambar bangunan syarikat EG Enterprise.




Latar Belakang Syarikat

EG Enterprise merupakan sebuah syarikat yang terdiri daripada 9 orang rakan kongsi yang mana adalah juga sebuah syarikat multi nasional.Setelah dipersetujui untuk menghasilkan produk berasaskan bahan oleokimia yang mempunyai masa depan yang cerah untuk dipasarkan di mana, kesemua 9 rakan kongsi telah bersetuju untuk memasarkan produk berunsurkan penjagaan kebersihan bangunan anti-serangga sebagai produk pertama syarikat.
EG Enterprisepula merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk dari bahan-bahan oleokimia yang lebih menjurus ke arah pembuatan bahan-bahan pencuci dalaman berasaskan bahan-bahan semulajadi terutamanya minyak kelapa sawit dimana 1001 khasiatnya sudah diketahui umum dan sering digunakan dalam kebanyakan produk. EG Enterprisemenggunakan bahan-bahan mentah berkualiti tinggi yang dipilih daripada pembekal tempatan dan juga antarabangsa untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan berkesan.
EG Enterprisetelah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah kepala dan sub-kepala berikut : 140199 PEMBUAT (BAHAN CUCIAN ANTI-SERANGGA). EG Enterprisejuga sedang dalam perancangan untuk mengeksport produk keluaran syarikat ke Indonesia dengan kerjasama daripada Malaysian External Trade Development Corporation (MATRADE)
Dalam menjayakan produk syarikat ini,kami telah menetapkan untuk mempunyai sebuah kilang dan juga ibu pejabat agar segala urusan baik dari sudut pengeluaran dan juga pengeluaran menjadi mudah.Disamping itu,dengan mempunyai ibu pejabat rasmi,ini akan memudahkan segala urusan alam mengendalikan pelanggan.Kerana itu,EG Enterprise telah mempunyai sebuah ibu pejabat dan juga kilang yang bertempat di Seksyen 15,Shah Alam.
Lokasi ibu pejabat dan kilang adalah berdekatan bertujuan untuk memudahkan pengurusan.Kami telah bersetuju untuk memilih Seksyen 15,Shah Alam atas beberapa faktor.Antaranya ialah Seksyen 15 sudah terkenal sebagai satu kawasan perindustrian.Jadi ini memudahkan untuk pelanggan mencarilokasi ibu pejabat kami.Kedua,berdasarkan kos,lokasi ini menepati  kos peruntukan syarikat kami.