About Me

My photo
CHOICE RIGHT,FUTURE BRIGHT

Saturday, 5 March 2011

Misi Dan Objektif Syarikat

Misi
  • Untuk menjadi salah sebuah syarikat terbesar dalam penghasilan dan pemasaran produk oleokimia yang memfokuskan kebersihan dalaman bangunan, terutamanya pencuci yang berasaskan minyak kelapa sawit yang dibuat secara mesra alam.
  • Untuk terus cemerlang dan kekal lama dalam penghasilan produk oleokimia yang lebih mengkhususkan kepada aspek kebersihan dalaman bangunan.

Objektif
  • Mampu bersaing dalam dunia perniagaan global.
  • Untuk memastikan perniagaan jangka panjang yang mampu mempertahankan perhubungan baik diantara syarikat dan pelanggan.
  • Untuk menjamin kerjaya dan kemudahan perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi pengalaman serta kejayaan dengan kami
  • Mesra pelanggan, tepat dan setara dengan keperluan pasaran.

Moto dan Falsafah Perniagaan Syarikat
Moto Syarikat
“Choice Right, Future Bright”
“Pilih Tepat, Masa Depan Cerah”
Moto ini dijadikan moto syarikat hasil dari persetujuan bersama dari semua ahli. Moto ini dianggap sangat sesuai bagi syarikat kami yang sememangnya menggunakan bahan-bahan asas asli. Sentuhan alam semulajadi ini dapat dilihat dan dinilai sendiri oleh pengguna selepas menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami dan mereka pasti berpuas hati.

Falsafah Perniagaan Syarikat
Berpegang kepada konsep mesra pelanggan kami sentiasa mengamalkan etika kerja serta perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang dihormati.
  • Melalui pendekatan yang strategik, kami kini bergerak kearah pemasaran yang dinamik dan agresif. Kami perlu bersedia menghadapi segala perubahan masa serta menangani permasalahan yang berkaitan disamping berpeluang menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif.
  • Kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga berpatutan yang semestinya mampu menepati permintaan pelanggan.
  • Kami akan terus menjaga nilai dan mempertingkatkan mutu produk serta perkhidmatan kami dari masa ke semasa. Sebagai salah satu langkah dalam mempertingkatan operasi, para pekerja sentiasa diberikan pendedahan agar sentiasa mematuhi objektif syarikat dan bekerjasama serta menanamkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan.
  • Latihan penuh akan diberikan kepada semua pekerja bagi meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tugasan mereka.
  • Kerjasama adalah amat penting, justeru itu kami sentiasa memastikan sistem komunikasi yang baik, kejujuran dan tanggungjawab terhapap tugasan. Hubungan diantara pihak pengurusan serta para pekerja sentiasa dalam keadaan baik agar polisi perniagaan berada ditahap yang kukuh.
  • Kebajikan para pekerja juga amat penting bagi kami.
  • Untuk terus menerajui EG Corp. dengan lebih jauh lagi, kami membuat perancangan kewangan bagi jangka masa panjang dan sistem kawalan yang lebih efektif dari segala aspek.

No comments:

Post a Comment